Fakta Membuktikan, Bahwa Cantik/Tampan Tidak Akan Menjanjikan Anda Dapat Memikat Lawan Jenis Dengan Mudah
Susuk Pengasihan Ampuh
Seperti Apakah Susuk Itu?
Pada umumnya, setiap kali mendengar perkataan "Susuk", maka akan terfikirkan tentang hal mistik, ghaib dan menggerunkan. Benda ini sememangnya identik dengan perkara-perkara mistik yang berkait rapat dengan sihir, dan perkara-perkara ghaib.
Lalu, Benarkah Semua Itu?
Untuk menjawab persoalan itu, adalah lebih baik jika anda mengetahui dan mengenali dengan lebih dekat tentang "Apa Itu Susuk."
Secara tradisional, susuk merupakan suatu benda kecil yang dengan sengaja dimasukkan ke dalam tubuh manusia. Tujuannya agar kelihatan semakin cantik, ingin kelihatan semakin menarik, semakin mempesona dan awet muda.
Bahan yang digunakan biasanya adalah emas, jarum, berlian, intan, baja alam, samber lilin dan banyak lagi jenis yang digunakan.
Sebelum dimasukkan, benda tersebut diritualkan atau diisi dengan energi pengasihan. Sehinggakan apabila benda tersebut dimasukkan/disusukkan ke dalam tubuh, energi tersebut mampu memunculkan aura yang kuat.
Orang yang menggunakan susuk akan kelihatan semakin cantik/tampan, mempesona, dan kelihatan menarik.
Daripada penjelasan di atas boleh disimpulkan, bahawa inti daripada susuk adalah energi yang mampu memancarkan Aura Pengasihan. Bukannya pada benda yang disusukkan/dimasukkan ke dalam tubuh manusia.
Jadi adalah lebih baik jika benda yang anda masukkan itu selamat, halal dan semulajadi, seperti herba, air dan minyak.
Adakah Susuk Menggunakan Emas, Berlian, Besi, Jarum Itu Berbahaya Jika Dimasukkan Ke Dalam Kulit Tubuh Manusia?
Untuk menjawab persoalan di atas, anda harus tahu terlebih dahulu pandangan perubatan tentang memasukkan/mensusukkan benda ke dalam tubuh manusia.
Dalam istilah perubatan, benda yang dimasukkan ke dalam tubuh manusia dipanggil implant. Pemasangan implant bertujuan sebagai alat kontrasepsi, untuk pemasangan pen pada tulang yang patah dan untuk membaiki fungsi jantung yang rosak.
Untuk melakukan implant, ia harus dilakukan oleh paramedik atau doktor yang berpengalaman. Pemasangannya pula ada piawaian khas agar tidak berlaku kesan sampingan yang tidak diingini.
Oleh itu, untuk pemasangan implant/susuk ke dalam tubuh manusia, diperlukan tenaga perubatan yang benar-benar tahu susunan tubuh manusia. Supaya tidak menyebabkan kesan sampingan seperti iritasi, bengkak dan jangkitan pada bahagian pemasangan susuk/implant.
Begitu juga dengan cara pasang susuk yang berupa benda seperti emas, berlian, perak, samber lilin dan biji besi ke dalam tubuh. Ia akan berbahaya jika orang yang memasang tersebut tidak memahami susuk secara mendalam dan benar-benar mengetahui tentang anatomi tubuh manusia.
Kerana boleh jadi benda-benda tersebut kurang steril atau mengandungi energi negatif yang tentunya boleh merugikan diri pemakainya. Lebih-lebih lagi jika proses pembuatan susuk tersebut melibatkan makhluk ghaib, maka biasanya ada kesan sampingan, contohnya ketika ajal akan menyakitkan.
Seperti halnya susuk menggunakan emas, perak, jarum yang dimasukkan ke dalam tubuh. Susuk tersebut boleh menyakiti tubuh pemakainya, contohnya menyebabkan iritasi dan gangguan pada kulit pemakainya.
